Apa Perbezaan Purging dan Breakout

Kenapa eh boleh jadi macam tu? Mesti ramai yang tertanya kan? Bila bertukar produk skincare mula lah muka naik jerawat & jadi kusam. Lepas tu salah kan produk tu pulak x okay.

Jika korang gunakan skincare yang baru & tiba2 naik jerawat, tu Namanya proses PURGING. Apa tu? Bahasa mudah ialah proses detoks kulit & kulit sedang menyesuaikan diri dengan produk baru. Jika korang bertahan, kulit akan bertambah baik.

Kulit kita perlukan masa untuk kembali sihat & menerima zat2 daripada produk skincare yang baru. Jadi kalau korang ada masalah liang2 pori yang tertutup maka muka korang akan naik jerawat. Kalau ada masalah jerawat kecil, jerawat tu akan cepat besar. Kalau nak mudah faham, jerawat ni akan timbul pada area yang biasa tumbuh.Jangan risau sebab dalam tempoh detoks kulit ni berlaku sementara je, lebih kurang 2-4 minggu pertama (maybe ada yang lama – bergantung pada tindak balas kulit) & selepas tempoh purging, sel kulit baru akan tumbuh, kulit akan kembali normal & lebih cantik dari sebelumnya.

Berbeza pulak dengan breakout. Biasanya jerawat akan tumbuh pada tempat yang belum naik jerawat sebelum ni. Jerawat tu pulak bersifat kemerah merahan, bengkak atau menunjukkan tanda2 iritasi. Jerawat & bintik2 merah ni terjadi sebab pori2 tersumbat disebabkan reaksi kulit yang x sesuai / x serasi terhadap sesuatu produk. Sebaiknya terus stop sebab jika dibiarkan berlarutan, bimbang ada kesan lain pulak.

Breakout ni bukan semata mata sebab produk tu ada merkuri semata mata tapi boleh jadi juga kulit kita yang alergi dengan kandungan bahan berkenaan. Ada juga terjadi disebabkan gangguan hormon, stress yang melampau & juga masalah pencernaan.

So apa nak buat? Kalau kulit korang mengalami purging, boleh terus pakai produk tu. Jangan stop, sebab rugi kalau korang stop tengah jalan. Rugi duit & rugi masa. Korang kena sabar sikit. Tapi kalau korang mengalami breakout, stop pakai terus. Cari produk yang natural & organic. Dalam masa yang sama, amalkan supplement seperti Ephyra Plus untuk bantu mempercepatkan proses pemulihan.