Info Ephyra Plus

Ephyra Plus merupakan 'star produk' Oceanlife Marketing Sdn Bhd sejak tahun 2012 sehingga sekarang. Walaupun hampir 9 tahun berada dalam pasaran, namun Ephyra Plus masih mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna. Apa yang Ephyra inginkan ialah untuk membantu pengguna di luar sana untuk dapatkan balik kulit yang cantik, bersih & badan yang sihat bertenaga.

Buat yang belum tahu, sebelum ini Ephyra Plus dikenali sebagai Ephyra Premium dimana kotaknya lebih besar dan mempunyai 30 sachet. Namun, Ephyra telah diberikan nafas baru dimana kotak telah dikecilkan agar mudah dibawa kemana-mana dan harga harganya dapat diturunkan di bawah RM100, agar dapat membantu pasaran lebih meluas dgn harga mampu milik sama ada utk pengguna baru atau pengguna setia. Rasanya yang sangat sedap membuatkan sesiapa sahaja yang mencuba mesti terus jatuh cinta!

Formulasi Ephyra Plus 

  1. Supplement Ephyra diformulasi daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semulajadi di seluruh dunia yg berfungsi utk merawat, memperbaharui & seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman serta luaran.
  2. Ephyra Plus telah ditambah dengan L-Cystein – agen utama untuk anti-penuaan & anti-oksida. 
  3. Peranannya dalam proses detoksifikasi dan meningkatkan kadar glutathione dalam badan, iaitu penting dalam perlindungan tisu badan dan mencerahkan kulit secara semulajadi.
  4. Ia juga sangat bagus untuk melawan radikal bebas yang dapat melambatkan proses penuaan sekaligus dapat memberi keanjalan pada kulit.
  5. L-Cystein digabungkan dengan Vitamin C dalam EPHYRA menjadikan ia sangat bagus untuk mencerahkan kulit, merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, tona tak sekata, tingkatkan metabolism badan dan berikan tenaga yang berpanjangan.

10 Ingredients Utama di dalam Ephyra Plus :

  1. Kolagen Ikan Laut Dalam
  2. Astaxanthin
  3. Gam Akasia
  4. Salmon Ovari Peptide
  5. Serbuk Tomato
  6. Marigold Extract
  7. Acerolla Cherry
  8. Superberry (Cranberry extract, Billberry Extract)
  9. Acai Bery
  10. L-Cystein (kandungan baru)

Manfaat Ephyra Plus : 

  1. Membantu wajah yang bermasalah seperti jerawat, parut jerawat dan jeragat
  2. Melancarkan sistem pelawasan
  3. Sebagai agen detoks yang baik bagi mengeluarkan toksin daripada badan
  4. Seimbangkan kadar metabolisme yang dapat mengawal berat badan yang ideal
  5. Menganjalkan kulit untuk jadi lebih halus dan cerah berseri 
  6. Meningkatkan tenaga

Ephyra Plus juga sangat bagus diamalkan oleh ibu-ibu yang mengandung, dalam pantang dan menyusu.  Malahan, jika ibu-ibu tidak mengalami alahan atau morning sickness, Ephyra Plus boleh diminum di awal usia kandungan lagi. Antara kelebihannya untuk ibu-ibu ialah : 

  • Tambah tenaga ibu dari kelesuan dan penat
  • Cepatkan penyembuhan luka bersalin
  • Lancarkan pelawasan
  • Rangsang dan tambah susu badan 
  • Turunkan berat badan berlebihan dengan cepat
  • Membantu stabilkan tekanan darah & paras gula dalam darah
  • Jadikan kulit ibu tidak kusam dan sentiasa segar
  • Kawal masalah sakit pinggang, dan kejang otot
  • Tambahkan nutrisi & mineral utk pertumbuhan bayi dalam kandungan

Cara pemprosesan Ephyra Plus :

Ephyra Plus merupakan supplement terbaik diantara yang terbaik. Cara pemprosesannya sangat bersih dan mereka yang mengendalikannya mengikut prosedur yang sangat ketat. Ianya melalui banyak prosedur sebelum dikeluarkan kepada pengguna. Cara packaging juga sangat ekslusif, bukan buat di belakang rumah ya.

 

Tips pengambilan Ephyra

  1. Amalkan minum Ephyra Plus sama ada sebelah pagi (sebelum sarapan ketika perut sedang kosong) atau sebelah malam (sebelum tidur).
  2. Khasiat minum waktu pagi – Badan bergerak aktif dan dapat menyerap segala nutrisi, tenaga berpanjangan dan wajah berseri
  3. Khasiat minum waktu malam – Badan menyerap segala nutrisi ketika tidur kerana badan sedang rehat, tidur lebih lena dan bangun pagi akan rasa segar, pelawasan makin lancar
  4. Kurangkan minum kafein, bagi mereka yang suka minum kopi boleh jarakkan masa pengambilan kopi – 1 jam selepas minum Ephyra
  5. Bagi yang makan jamu atau ubat-ubatan, perlu juga jarakkan sekurang-kurang 1 hingga ke dua jam
  6. Banyakkan minum air masak selepas minum Ephyra untuk hasil optimum

Cara bancuh Ephyra Plus :

  • Gunakan 150ml air masak (suhu bilik atau sejuk) ke dalam shaker/cawan, tuangkan 1 sachet EPHYRA Plus, kacau/goncang sehingga larut.
  • Biarkan kira-kira 1-2 minit untuk kesemua serbuk Ephyra Plus terlarut sepenuhnya & terus diminum
  • *Dilarang gunakan air panas untuk minum EPHYRA Plus bagi mengelakkan bahan aktif di dalamnya mati.

 

Ephyra juga telah mendapat kelulusan KKM dan diklasifikasikan sebagai makanan tambahan serta mempunyai Sijil HALAL dari JAKIM. Ephyra juga telah mendapat award bagi kategori Super Health Brand 2016-2018! Jadi, tunggu apa lagi. Jom cuba sekarang!!!